Tuesday, December 8, 2009

Semua Dalam Satu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kegawatan sudah pun masuk. Dalam 3-6 bulan lagi, kesannya semakin ketara. Oleh kerana sebelum ni telah berlaku kenaikkan harga minyak, inflasi sudah cukup tinggi. Kesan yang akan dirasai lebih kurang sama semasa kenaikkan harga minya ke RM2.70 baru-baru ini.

Bagi yang biasa dengar, cara mudah nak survive ialah multiple stream income (penjanaan pendapatan pelbagai punca). Bagi perniagaan IT yang kecil dan berkonsep semua dalam satu (banyak servis dalam satu kedai), peluang untuk survive sangat tinggi.


Sebelum ini saya menyatakan kepentingan pelan pemasaran yang betul semasa gawat. Perkara lain ialah kemampun aliran tunai untuk mengalir dengan tenang. Bagi kedai komputer semua dalam satu, mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan.
- jualan peralatan komputer (end user)
- jualan peralatan komputer (biz user)
- baikpulih komputer (on-site)
- baikpulih komputer (customer-site)
- printing
- internet corner
- streamyx agent
- dan lain-lain

Setiap bahagian ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza setiap satu. Ada yang akan slow pada gawat dan ada yang boost semasa gawat. Apa yang paling penting kenal pasti setiap bahagian perniagaan anda dan ramalkan kesan akibat kegawatan ekonomi. Berikut sedikit ramalan dari saya

Pusat internet
- pelajar masih perlu buat tugasan tetapi akan mengurangkan masa untuk games.
- pelajar lepasan spm masih perlu memohon secara online.
- akan muncul pelbagai skim cepat kaya berasaskan internet. peserta skim merupakan bakal pelanggan anda.

Bahagian Jualan
- end user akan mengurang pembelian. jualan pc set baru akan turun, jualan 2nd hand set akan naik.
- jualan kepada kerajaan akan meningkat sebab kerajaan tak pernah gawat.
- agensi swasta akan lebih berhati-hati. pengurangan caj boleh memikat pelanggan baru.
- jualan part murah lebih dari part mahal.

Rancang perniagaan anda agar perniagaan anda lebih terancang. Hanya anda yang tahu mengenai perniagaan anda.