Thursday, March 11, 2010

4 halangan memulakan perniagaan..

By programusahawanmaedec.blogspot.com

Jika ditanya kepada setiap orang.. “Adakah anda berminat untuk memulakan & memiliki perniagaan anda sendiri?” Sudah pastinya.. ramai yang akan berkata dengan kuat “YA!”… namun begitu.. seringkali impian tersebut hanya menjadi angan-angan dan tidak dapat direalisasikan… mengapa ya?..

Disini.. saya ingin berkongsi dengan anda, 4 sebab utama mengapa seseorang itu tidak memulakan perniagaan mereka sendiri (secara fulltime).

1- Kurang ilmu pengetahuan mengenai perniagaan.

Ini adalah merupakan sebab@halangan yang utama mengapa seseorang itu tidak berupaya untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Alasan seperti..

- Saya tidak tahu macam mana nak cari modal & apply loan
- Saya tidak tahu nak buat kertas rancangan perniagaan
- Saya tidak tahu macam mana nak pasarkan produk saya
- Saya tak tahu nak buat itu.. nak buat ini.. dan nak buat bermacam-macam lagi perkara..

Untuk mengatasi halangan ini, anda perlulah menimba banyak ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan anda sendiri, sama ada dengan membaca buku, ebook, artikel-artikel, suratkhabar, menghadiri seminar, dengar ceramah, menyertai bengkel-bengkel serta kursus-kursus jangka pendek dan jika perlu, dapatkan juga perkhidmatan consultation sama ada yang percuma mahupun yang berbayar.

2 – Bekalan Wang Simpanan (financial back-up)

Masalah ini pula, seringkali dialami oleh orang-orang yang hendak berhijrah dari “dunia pekerjaan makan gaji” kepada “dunia perniagaan”. Dunia perniagaan ialah dunia yang penuh dengan pancaroba dan ketidaktentuan, hari ini untung belum tentu esok akan untung juga. Oleh itu, perancangan yang rapi dari segi kewangan perlulah ada sebelum anda menceburkan diri anda ke dalam dunia perniagaan secara sepenuh masa.

Secara kasarnya, berikut adalah contoh untuk mengira bekalan kewangan yang anda perlu sediakan sebelum anda mengambil keputusan untuk menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan secara sepenuh masa.

Anggaran Modal Untuk Memulakan Perniagaan Anda : RM50,000
Tentukan Perbelanjaan Sara Hidup Anda Untuk 3 Tahun : RM2,000 sebulan x 36 bulan = RM72,000

Bekalan Kewangan Yang Anda Perlu Ada : RM132,000

Bagi saya.. bekalan perbelanjaan selama 3 tahun adalah tempoh yang ideal. Ini kerana, sesuatu perniagaan, biasanya akan mengambil masa 3 tahun untuk matang & betul-betul stabil. bagi perniagaan internet, modal itu mungkin boleh dikecilkan, mungkin RM5,000 sahaja.. maklumlah, perniagaan internet sememangnya tidak memerlukan modal yang besar.

Apa-apa pun.. rancang dan siapkan bekalan anda secukupnya. Memasuki dunia perniagaan sepenuh masa adalah seperti anda pergi memasuki medan berperang.. takut nanti.. sewaktu perang sedang hangat.. bekalan senjata & peluru anda kehabisan pula. Akhirnya.. terkorbanlah anda di medan perang..

Jadi.. usah terburu-buru, sememangnya, kita perlu berani mengambil risiko untuk berjaya.. tetapi.. tahukah anda? Orang yang mengambil risiko tanpa sebarang perancangan.. bukanlah seorang “risk taker”.. tetapi mereka hanyalah seorang “gambler”. Besar perbezaannya tu.. risiko hanyalah perlu diambil setelah anda mempunyai rancangan/cara untuk mengatasinya.. jika tidak.. usah memperjudikan hidup anda.

3 – Sokongan Emosi

Emosi juga kadangkala boleh menjadi penyebab dan batu penghalang kepada seseorang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Perasaan ragu-ragu dan tidak yakin kepada keupayaan diri sendiri seringkali menghantui diri.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah menempatkan diri anda dikalangan orang-orang yang positif dan memandang perniagaan itu sebagai sesuatu yang baik & mulia . Sokongan keluarga juga amat penting. Seelok-eloknya, dapatkan restu dari ibu, bapa, suami @ isteri anda sebelum anda memulakan perniagaan anda sendiri.

4 – Takut

Takut adalah sesuatu yang subjektif… setiap orang mempunyai ketakutan terhadap sesuatu perkara yang berbeza-beza.

Ada sesetengah orang takut pada hantu..
Ada sesetengah orang takut untuk bersemuka dengan pelanggan yang garang..
Ada sesetengah orang takut untuk bercakap di hadapan orang ramai..
Ada sesetengah orang amat takut jika barang jualan mereka tidak laku..
Ada sesetengah orang takut perniagaan mereka gagal..
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah mengenalpasti punca perasaan takut tersebut. Kemudian, barulah anda boleh mencari jalan untuk mengatasinya.

Contohnya..

Takut gagal dalam perniagaan.. maka anda perlulah menyediakan perancangan yang rapi untuk perniagaan anda… jika anda takut ia tidak lengkap.. dapatkan nasihat/pandangan daripada pakar@ orang yang berpengalaman tentang rancangan perniagaan anda

Takut kehilangan pendapatan tetap dari pekerjaan makan gaji anda.. maka anda perlulah menyediakan bekalan kewangan yang mencukupi yang dapat menampung perbelanjaan sara hidup anda..

Takut untuk melayan karenah pelanggan.. mungkin anda boleh upah seseorang untuk menguruskan pekerjaan itu..

Takut produk jualan tak laku… maka anda perlulah membuat kajian “supply & demand” terlebih dahulu sebelum anda memulakan perniagaan anda..

Takut kena ngurat dan hilang konsentrasi dalam perniagaan… kahwinlah cepat-cepat.. oh!

Kesimpulannya, itulah 4 perkara yang paling kerap menjadi penghalang untuk seseorang memulakan perniagaan mereka sendiri, sama ada perniagaan internet mahupun perniagaan konvensional.. jadi.. sekarang.. kenalpasti apakah faktor yang menjadi penghalang anda selama ini.. selepas itu.. cuba atasinya dan hapuskannya agar anda dapat memulakan perniagaan anda sendiri.